Saturday, March 7, 2009

PROGRAM TAHUN 2008


Pada hujung tahun lalu, PPD KUala Langat telah menganjurkan Kursus Pemantapan Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kuala Langat di Rainforest Resort, Taman Negara Pahang. Kursus ini dijalankan selama 4 hari 3 malam. Pengisian antaranya Taklimat Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, Taklimat Pengurusan Disiplin yang Efisyen, Kembara malam, Merunut Hutan, Merentasi Sg. Taman Negara dan sesi diskusi MGBK bersama pihak PPD Kuala Langat. Pengisian cukup padat dan ia memberi sedikit sebanyak manfaat khususnya menjadi kaunselor yang mantap dan cemerlang dalam pengurusan bimbingan mahupun kaunseling di sekolah nanti. Moga usaha ini dapat diteruskan di masa akan datang dengan program yang menarik.

MGK sempat juga merasa saat indah menaiki bot panjang menuju ke air terjun Taman Negara. Setelah itu, kami juga melawat seketika perkampungan orang asli Batek di Taman Negara. Pengalaman bermain 'boat race' tidak dapat dilupakan sepanjang kami mengharuungi Sg. Taman Negara ini.

Saya juga sempat mencuba menaiki jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara ini yang terdapat di Taman Negara. Memangg teruja apabila pertama kali melangkah kaki mencubanya. Saya juga sempat mengenali lebih dekat spesis tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan sepanjang perjalanan di jambatan ini.


Warga pendidik yang dihormati dan para pelajar yang dikasihi, jemputlah datang ke bilik kaunseling. Banyak bahan maklumat terkini saya sediakan khusus untuk tatapan guru mahupun pelajar. Maklumat kerjaya, pendidikan selepas PMR dan SPM, peluang belajar dalam dan luar negara, info antidadah dan bahaya rokok, teknik-teknik belajar yang baik dan banyak lagi. Datang dan cari maklumat yang diperlukan. Maklumat aktiviti kaunseling terkini juga dipaparkan di papan info di bilik kaunseling.



Kita juga baru selesai menjalankan Majlis Restu Ilmu Calon-calon PMR dan SPM 2008. Doa restu para guru amat penting dalam menikmati keberkataan ilmu sepanjang berada di sekolah. Bukan sahaja mohon restu pada Tuhan untuk berjaya, malah restu ibubapa dan juga guru khususnya amat penting bagi memudahkan anak didik cikgu yang dikasihi ini benar-benar berjaya. Berjaya bukan dalam erti berjaya dalam aspek akademik semata-mata malah berjaya dalam mengamalkan ilmu yang baik dan menjadi insan yang baik. Doa cikgu-cikgu sentiasa mengiringi perjuangan anak didik cikgu yang belajar di SMKPC ini. Apa yang penting....usaha kunci kejayaan!

Terima kasih cikgu! Doakan kami berjaya dalam hidup dan menjadi manusia berguna.

Warga pendidik SMKPC sempat bergambar di hadapan lukisan, hasil idea cikgu Nik dan para pelajar PSV. Gambar dirakam selepas Majlis Restu Ilmu PMR tahun 2008.


Cikgu Jalil menyampaikan amanat KPM sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 16 Mei 2008 yang lalu.

Cikgu-cikgu berpadu suara menyanyikan beberapa buah lagu patriotik semasa Hari Guru SMKPC 2008.


Terima kasih cikgu-cikgu di SMPC kerana sedia berjuang menyemai semangat patriotik di sanubari kami. Kami sebagai pelajar berjanji agar menyayangi tanahair Malaysia tercinta.


Bakat pelajar ditonjolkan semasa Hari Guru 2008. Jeniffer, Safila, Hamidah dan Hanom turut mengambil bahagian di dalam persembahan sajak kemerdekaan hasil bimbingan cikgu Saharudin.



Ini potret kenangan berharga semasa saya terlibat sama dalam Program Kecemerlangan Anak Pedalaman Peringkat Kebangsaan pada tahun 2008. Gambar semasa majlis makan malam di MBPJ bersama rakan LO, rakan daerah Sepang di samping pegawai trafik yang turut serta dalam program kebangsaan ini.

Barisan Jawatankuasa LO Pengangkutan dan Go-Kart sempat bergambar di ruang legar Aquaria KLCC,sempena Program Kecemerlangan Anak Pedalaman Peringkat Kebangsaan 2008.


Mencuba tetefon lama di Muzium Telekom Malaysia, KL. Haha..maklumla...selalu guna telefon bimbit,sekali sekala cuba pula telefon lama(Program Kecemerlangan Anak Pedalaman 2008).


Tn. Hj. Ali Imran, Cikgu SMK Telok Panglima Garang menyampaikan ceramah motivasi pelajar sempena Program Majlis Restu Ilmu SMKPC 2008. Terima kasih di atas kerjasama pelajar dan guru dalam program ini. Moga kita dapat jemput beliau lagi ke sini. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini iaitu sesi solat hajat (pelajar Islam), sesi pelajar India di kuil dan sesi pendidikan moral. Usaha ini moga dapat diteruskan demi menyemai kesedaran dan keinsafan dalam diri pelajar di samping memohon keberkatan ilmu pengetahuan yang dipelajari di SMKPC.




Terima kasih tidak terhingga kepada Skuad Promo Sinar Harian dan Skuad XFresh.fm yang sudi hadir beramai-ramai memberikan ceramah motivasi pelajar di SMKPC. Kehadiran mereka disusuli dengan tepukan gemuruh. Antara aktiviti yang dijalankan oleh skuad ini iaitu kuiz, ceramah jangan ponteng sekolah, edaran t-shirt khas xfresh dan sinar, brosur, edaran majalah-majalah keluaran karangkraf,dan juga yang penting sekali...pihak sekolah telah menerima bekalan akhbar sinar harian terkini secara percuma. Usaha ini baik dan pihak sekolah akan menjemput kembali skuad ini dengan sesi pertemuan yang lebih 'happening' lagi. Program bersama Sinar Harian dan Xresh ini juga mendapat liputan berita sinar harian dan juga liputan berita terkini beberapa minit di radio Xfesh.fm.






Barisan Kaunselor Daerah Kuala Langat terlibat sama dalam Taklimat Kerjaya Bersama Bj Automation Centre di Hotel Impian, Morib. Banyak input yang bermanfaat serta sesuai disampaikan kepada pelajar-pelajar di sekolah nanti. Gambar bersama pegawai PPD KUala Langat serta Ketua Eksekutif BJ Automation Centre diambil di perkarangan Hotel Impian.

Pihak sekolah juga menghantar pelajar ke Pameran Hari Terbuka Kolej MARA di Banting. Pelbagai maklumat diperolehi sepanjang pameran ini antaranya maklumat kerjaya, peluang belajar di Kolej MARA dan IPTS yang lain, sihat dan cergas bersama NYC Belia Daerah Kuala Langat, Pemeriksaan Kesihatan percuma, Pameran AADK Kuala Langat dan banyak lagi. Moga input yang diperolehi dapat dijadikan sebagai anjakan paradigma anak didik di SMKPC terus maju menggapai kejayaan cemerlang suatu masa nanti.



Pada 23 Mei hingga 25 mei 2008 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPC dengan kerjasama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menjalankan Program Motivasi Pelajar SMKPC. Program ini juga disertai oleh SMK Sri Tapah. Aktiviti penuh sepanjang tiga hari di UPSI. Ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang kehidupan di IPTA, di samping mendedahkan teknik belajar yang sesuai menjelang peperiksaan PMR dan SPM yang bakal menjelma serta memberi kesedaran kepada pelajar tentang jati diri sebagai anak didik. Para pelajar SMKPC berpeluang mengenali fasilitator dengan lebih dekat di samping melawat permandangan indah kampus yang menjadi kebanggaan warga UPSI. Suatu pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pelajar SMKPC khususnya. Moga program seumpama ini mampu dijalankan secara berterusan tahun hadapan.

Kenangan bergambar di padang UPSI berhadapan Bangunan Suluh Budiman.


Kak Vijaya dan Cikgu Thiruchelvi ketika berada di dalam Auditorium.


Sewaktu menjalankan aktiviti LDK bersama fasilitator di Bangunan Bitara Siswa.

Para pelajar sempat mendengar taklimat oleh pegawai perpustakaan UPSI ketika sesi lawatan.




Aksi pelajar SMKPC ketika sesi 'Ice Breaking'.




Majlis serah pelajar sebagai peserta Kem Motivasi Pelajar sepanjang tiga hari di UPSI kepada Pengarah Program.


Guru-guru kaunseling Daerah Kuala Langat juga terlibat secara langsung Taklimat Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di PICC, Putrajaya.


Saya juga terlibat sama dalam pembinaan soalan Kuiz Kerjaya Daerah Kuala Langat sempena Karnival Kaunseling Kerjaya 2008.

Terlibat sebagai Jawatankuasa Pelaksana Program Seminar 'Super Teaching' khusus guru-guru bimbingan dan Kaunseling Daerah Kuala Langat bertempat di Kolej Komuniti Kuala Langat tahun 2008.


SMKPC juga tidak terkecuali membuat Lawatan Kaunseling Kerjaya ke Kolej Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Aktiviti sepanjang di sana iaitu taklimat kerjaya dan jati diri seorang pelajar cemerlang dan lawatan ke kawasan KTAR. Moga pengalaman ini dapat menyuntik semangat pelajar untuk terus menimba ilmu.



Kolej I-System juga tidak melepaskan peluang untuk mempromosi bidang pengajian yang ditawarkan di kolej mereka. Taklimat ini diadakan khusus untuk pelajar Tingkatan 5 supaya sedikit sebanyak dapat menarik beberapa pelajar untuk menjadikan Kolej I-System sebagai destinasi pengajian tinggi selepas SPM nanti. Moga kolej ini dapat bekerjasama lagi dengan pihak sekolah pada tahun hadapan.

Bergambar bersama rakan-rakan guru kaunseling daerah Kuala Langat dan juga Pegawai Kaunseling HEM PPD Kuala Langat, Tn. Hj. Ibrahim sempena Karnival Kaunseling Kerjaya Daerah Kuala Langat 2008 acara Melukis kain Rentang di SMK Bukit Changgang. SMKPC turut menyertai acara ini sebagai satu pendedahan kepada pelajar meminati kerjaya bidang sains dan teknologi di samping mencungkil bakat pelajar dalam kehalusan seni melukis kain rentang.


Pelajar gembira menyertai acara ini walaupun tidak menang sekalipun.

Barisan PRS sesi 2008 bergambar di hadapan sekolah bersama GPK 1 dan GPK HEM. Tahniah kepada PRS atas sumbangan dan komitmen anda.

PMD 2008 dijalankan dengan baik. Diisi dengan aktiviti taklimat dan penerangan pelbagai aspek seperti kepentingan belajar, para pelajar mencuba menilai potensi diri daripada Inventori Persoanaliti Sidek (IPS), kepentingan subjek dan kerjaya masa depan, teknik pengurusan stres, kepentingan kurikulum dan Ko-kurikulum, taklimat pengurusan disiplin, Kerjaya bersama Kolej PTPL, dan sebagainya. Pendedahan awal ini wajar dilaksanakan agar pelajar boleh membuat pilihan dan keputusan untuk terus belajar secara fokus. Penekanan PMD kali ini lebih kepada aspek akademik dan juga disiplin yang baik. Terima kasih kepada warga pendidik yang membantu dan juga para pelajar yang sedia menjadikan Program Maju Diri ini benar-benar memberikan manfaat untuk diri masing-masing. Moga pengisian PMD lebih relevan dan terus kekal dijalankan untuk tahun-tahun akan datang.








0 comments:

Poll

Followers

 

UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SMKPC. [last update: 11 Feb 2009]Copyright 2009 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com